Thursday, February 5, 2009

BAHAGIAN 4~~

Arman memandu dengan sepenuh perhatian sambil menyanyi kecil. Hatinya riang kerana bakal menghadapi pertemuan dengan gadis itu lagi. Dia pun tidak tahu kenapa dia asyik mahu bertemu dengan gadis itu. Padahal gadis itu bukanlah istimewa sangat. Cuma gadis itu jarang bercakap. Itupun sebab dia yang timbulkan masalah semalam.
Harap-harap, mood dia baik sikit hari ni. Arman berharap dalam diam.
“ Mana buku saya?” cepat-cepat Amira bertanya setelah lelaki itu menurunkan cermin keretanya. Arman masih lagi duduk di dalam keretanya.
“ Saya ada syaratnya sebelum serahkan buku ni,”
“ Apa dia lagi?” Amira tidak mahu berlama dengan lelaki itu.
“ Temankan saya berjalan-jalan hari ni,” Arman tersenyum penuh makna.
“ Apa?” Buntang mata Amira mendengarkan syarat yang dikenakan Arman.
“ Ya, temankan saya. Untuk sehari je. Lagipun hari ni hari cuti kan. Lagipun bukan selalu awak dapat keluar dengan lelaki macam saya ni,”
“ Bagi percuma pun tak nak,” Amira betul-betul jelak dengan kata-kata lelaki itu. Tahu la, muka tu hensem, tapi kalau perangai teruk, tak guna jugak.
“ Betul awak tak nak buku-buku awak ni balik?” soalan lelaki itu membuatkan Amira berfikir sekali lagi.
Fikirannya ligat memikirkan ibu di kampung. Jika dia tidak mengambil buku-buku itu dan terpaksa membayar harga buku-buku itu, wangnya yang separuh itu belum cukup untuk menampung penganjiannya bagi semester ini. Dia tidak tergamak untuk meminta ibu mengirimkan wang untuknya. Pendapatan ibunya hanya cukup untuk menyara adik-adiknya yang masih lagi bersekolah.
“ Betul awak tak nak?” soalan itu bergema lagi dipendengarannya. Mahu tidak mahu, Amira terus membuka pintu kereta dan duduk bersebelahan dengan lelaki itu. Arman tersenyum puas.
“ Ok…saya tahu awak akan setuju,” Arman terus memecut keretanya menuju ke destinasi yang sedari tadi terlintas difikirannnya.

No comments: