Sunday, April 12, 2009

BAHAGIAN 5~~

“ Cik Amira, boleh tak awak bercakap dengan saya? Dah hampir separuh perjalanan kita ni, awak belum bercakap sepatah pun,” Arman mengerling gadis di sebelahnya. Rasa kasihannya pada gadis itu tetap hadir. Walaupun dia tahu caranya salah, namun hanya itulah satu-satunya cara untuk mendekatkan diri dengan gadis itu.
Sedari tadi, gadis itu asyik menundukkan kepalanya memandang tanah. Tidak memandang sedikitpun kepada lelaki itu walaupun lelaki itu berjalan di sebelahnya. Taman tema yang penuh dengan orang ramai itu tidak dihiraukannya. Seolah-olah, kehadiran orang ramai itu tidak pernah wujud.
Amira sudah bertekad, hari ini, dia akan mendiamkan diri. Dia tidak mahu terus dipermainkan oleh lelaki itu. Dia sudah cukup malu bila teringatkan peristawa semalam. Lagipun sakit kepalanya sejak semalam masih belum hilang. Semalaman dia berjaga menyiapkan kerja-kerjanya. Cadangnya mahu menggantikan tidur selepas lelaki itu memulangkan buku. Namun, lain pula jadinya.
“ Nak makan tak? Sepanjang hari kita berjalan, lapar tak?” Amira tidak menjawab. Dia hanya mengikut lelaki itu.
“ Awak tunggu sini kejap, saya pergi belikan makanan,” Arman berlari kecil menuju ke gerai yang menjual makanan. Amira duduk di kerusi yang disediakan. Dia sedikit lega bila lelaki itu hilang dari pandangannya.
Deringan telefon bimbitnya mengejutkannya. Dilihatnya nombor yang tertera di skrin. Amira tersenyum penuh makna.
“ Assalamualaikum,” suara di hujung talian kedengaran.
“ Waalaikumussalam,”
“ Lama tak dengar cerita. Busy sangat ke?”
“ Mana ada. Biasa je. Hmm…ni apa mimpi ni tiba-tiba call. Biasa tak pernah pun nak ingat kita,”
“ Orang ingat selalu cuma dia je yang tak tahu,” Amira tersenyum sendiri. Tak tahulah bagaimana agaknya riak wajahnya jika lelaki itu menuturkan kata-kata itu dihadapannya. Walaupun itu sekadar gurauan, namun cukup untuk membuatkan hati Amira gembira.
“ Ye la tu. Hm…..ni duk kat mana ni? Tak balik umah ke minggu ni?”
“Balik la. tapi sekejap je. Mira pulak kat mana tu?”
“ Ada kat luar. Jalan-jalan. Bosan la duk kat kolej,” Tidak sanggup memberitahu kawan baiknya itu bahawa dia sedang dipaksa oleh seorang lelaki yang baru dikenalinya semalam untuk menemaninya keluar berjalan-jalan.
Arman berlari- lari anak menuju ke tempat tadi dimana Amira sedang menunggunya. Di lihatnya gadis itu sedang berbual dengan seseorang menggunakan handphone. Dia berdehem beberapa kali agar gadis itu perasan akan kehadirannya. Namun, gadis itu masih lagi leka berbual. Kesudahannya, dia membiarkan gadis itu berbual dahulu.
Riak wajah Amira berubah tatkala terpandangkan Arman yang sedang duduk dikerusi. Entah berapa lama lelaki itu mendengar perbualannya pun, dia tidak tahu. Salahnya juga kerana berpaling kebelakang. Macamana la boleh tak perasan dia ada kat sini.
“ Jom la makan. Mesti dah lapar,” Arman mempelawa gadis itu.
Amira masih lagi berdiri. Kaku, tidak tahu apa yang harus dilakukan. Rasa malu pun ada bila mengetahui lelaki itu mendengar perbualannya.
“ Duduk la. kita makan dulu. Lepas ni, kita solat. Then, kalau sempat, kita pergi jalan kejap lagi. Lepas tu, saya hantar awak balik. Ok?”
“ Berapa lama dah awak kat sini dengar perbualan saya?” Amira masih tidak berpuas hati. Arman sekadar tersenyum.
“ Tak kisah la kan. Saya bukan sengaja. Tadi, saya dah panggil awak, tapi awak tak sedar, nak buat macamana, kan? Lagipun, benda kecil je kan,” jawapan Arman membuatkan Amira malu sendiri.
“ Ikut suka awak la. Saya nak balik. Banyak kerja lagi nak kena buat. Boleh tolong bagi buku-buku saya?”
“ Awak baru je bercakap dengan saya 5 minit. Tu pun lepas awak dapat panggilan tu. Agaknya kalau awak tak dapat panggilan, sampai bila-bila pun awak tak bercakap,”
“ Itu hal saya. Dah la, saya nak balik,” Amira mahu cepat pulang ke kolejnya. Kepalanya bertambah berat. Sedari tadi lagi, dia cuba menahan rasa mengantuknya.
“ Betul awak tak nak buku awak tu?” Arman cuba mengugut gadis itu. Namun gadis itu tidak mempedulikannya. Amira tetap terus melangkah.
“ Saya hantar awak balik,” Arman bersuara setelah berjaya berjalan beriringan dengan gadis itu.