Sunday, April 12, 2009

BAHAGIAN 5~~

“ Cik Amira, boleh tak awak bercakap dengan saya? Dah hampir separuh perjalanan kita ni, awak belum bercakap sepatah pun,” Arman mengerling gadis di sebelahnya. Rasa kasihannya pada gadis itu tetap hadir. Walaupun dia tahu caranya salah, namun hanya itulah satu-satunya cara untuk mendekatkan diri dengan gadis itu.
Sedari tadi, gadis itu asyik menundukkan kepalanya memandang tanah. Tidak memandang sedikitpun kepada lelaki itu walaupun lelaki itu berjalan di sebelahnya. Taman tema yang penuh dengan orang ramai itu tidak dihiraukannya. Seolah-olah, kehadiran orang ramai itu tidak pernah wujud.
Amira sudah bertekad, hari ini, dia akan mendiamkan diri. Dia tidak mahu terus dipermainkan oleh lelaki itu. Dia sudah cukup malu bila teringatkan peristawa semalam. Lagipun sakit kepalanya sejak semalam masih belum hilang. Semalaman dia berjaga menyiapkan kerja-kerjanya. Cadangnya mahu menggantikan tidur selepas lelaki itu memulangkan buku. Namun, lain pula jadinya.
“ Nak makan tak? Sepanjang hari kita berjalan, lapar tak?” Amira tidak menjawab. Dia hanya mengikut lelaki itu.
“ Awak tunggu sini kejap, saya pergi belikan makanan,” Arman berlari kecil menuju ke gerai yang menjual makanan. Amira duduk di kerusi yang disediakan. Dia sedikit lega bila lelaki itu hilang dari pandangannya.
Deringan telefon bimbitnya mengejutkannya. Dilihatnya nombor yang tertera di skrin. Amira tersenyum penuh makna.
“ Assalamualaikum,” suara di hujung talian kedengaran.
“ Waalaikumussalam,”
“ Lama tak dengar cerita. Busy sangat ke?”
“ Mana ada. Biasa je. Hmm…ni apa mimpi ni tiba-tiba call. Biasa tak pernah pun nak ingat kita,”
“ Orang ingat selalu cuma dia je yang tak tahu,” Amira tersenyum sendiri. Tak tahulah bagaimana agaknya riak wajahnya jika lelaki itu menuturkan kata-kata itu dihadapannya. Walaupun itu sekadar gurauan, namun cukup untuk membuatkan hati Amira gembira.
“ Ye la tu. Hm…..ni duk kat mana ni? Tak balik umah ke minggu ni?”
“Balik la. tapi sekejap je. Mira pulak kat mana tu?”
“ Ada kat luar. Jalan-jalan. Bosan la duk kat kolej,” Tidak sanggup memberitahu kawan baiknya itu bahawa dia sedang dipaksa oleh seorang lelaki yang baru dikenalinya semalam untuk menemaninya keluar berjalan-jalan.
Arman berlari- lari anak menuju ke tempat tadi dimana Amira sedang menunggunya. Di lihatnya gadis itu sedang berbual dengan seseorang menggunakan handphone. Dia berdehem beberapa kali agar gadis itu perasan akan kehadirannya. Namun, gadis itu masih lagi leka berbual. Kesudahannya, dia membiarkan gadis itu berbual dahulu.
Riak wajah Amira berubah tatkala terpandangkan Arman yang sedang duduk dikerusi. Entah berapa lama lelaki itu mendengar perbualannya pun, dia tidak tahu. Salahnya juga kerana berpaling kebelakang. Macamana la boleh tak perasan dia ada kat sini.
“ Jom la makan. Mesti dah lapar,” Arman mempelawa gadis itu.
Amira masih lagi berdiri. Kaku, tidak tahu apa yang harus dilakukan. Rasa malu pun ada bila mengetahui lelaki itu mendengar perbualannya.
“ Duduk la. kita makan dulu. Lepas ni, kita solat. Then, kalau sempat, kita pergi jalan kejap lagi. Lepas tu, saya hantar awak balik. Ok?”
“ Berapa lama dah awak kat sini dengar perbualan saya?” Amira masih tidak berpuas hati. Arman sekadar tersenyum.
“ Tak kisah la kan. Saya bukan sengaja. Tadi, saya dah panggil awak, tapi awak tak sedar, nak buat macamana, kan? Lagipun, benda kecil je kan,” jawapan Arman membuatkan Amira malu sendiri.
“ Ikut suka awak la. Saya nak balik. Banyak kerja lagi nak kena buat. Boleh tolong bagi buku-buku saya?”
“ Awak baru je bercakap dengan saya 5 minit. Tu pun lepas awak dapat panggilan tu. Agaknya kalau awak tak dapat panggilan, sampai bila-bila pun awak tak bercakap,”
“ Itu hal saya. Dah la, saya nak balik,” Amira mahu cepat pulang ke kolejnya. Kepalanya bertambah berat. Sedari tadi lagi, dia cuba menahan rasa mengantuknya.
“ Betul awak tak nak buku awak tu?” Arman cuba mengugut gadis itu. Namun gadis itu tidak mempedulikannya. Amira tetap terus melangkah.
“ Saya hantar awak balik,” Arman bersuara setelah berjaya berjalan beriringan dengan gadis itu.

Thursday, March 12, 2009

langkawi......

this week...nak g langkawi..sape nak ikut??jom....;)

Thursday, February 5, 2009

BAHAGIAN 4~~

Arman memandu dengan sepenuh perhatian sambil menyanyi kecil. Hatinya riang kerana bakal menghadapi pertemuan dengan gadis itu lagi. Dia pun tidak tahu kenapa dia asyik mahu bertemu dengan gadis itu. Padahal gadis itu bukanlah istimewa sangat. Cuma gadis itu jarang bercakap. Itupun sebab dia yang timbulkan masalah semalam.
Harap-harap, mood dia baik sikit hari ni. Arman berharap dalam diam.
“ Mana buku saya?” cepat-cepat Amira bertanya setelah lelaki itu menurunkan cermin keretanya. Arman masih lagi duduk di dalam keretanya.
“ Saya ada syaratnya sebelum serahkan buku ni,”
“ Apa dia lagi?” Amira tidak mahu berlama dengan lelaki itu.
“ Temankan saya berjalan-jalan hari ni,” Arman tersenyum penuh makna.
“ Apa?” Buntang mata Amira mendengarkan syarat yang dikenakan Arman.
“ Ya, temankan saya. Untuk sehari je. Lagipun hari ni hari cuti kan. Lagipun bukan selalu awak dapat keluar dengan lelaki macam saya ni,”
“ Bagi percuma pun tak nak,” Amira betul-betul jelak dengan kata-kata lelaki itu. Tahu la, muka tu hensem, tapi kalau perangai teruk, tak guna jugak.
“ Betul awak tak nak buku-buku awak ni balik?” soalan lelaki itu membuatkan Amira berfikir sekali lagi.
Fikirannya ligat memikirkan ibu di kampung. Jika dia tidak mengambil buku-buku itu dan terpaksa membayar harga buku-buku itu, wangnya yang separuh itu belum cukup untuk menampung penganjiannya bagi semester ini. Dia tidak tergamak untuk meminta ibu mengirimkan wang untuknya. Pendapatan ibunya hanya cukup untuk menyara adik-adiknya yang masih lagi bersekolah.
“ Betul awak tak nak?” soalan itu bergema lagi dipendengarannya. Mahu tidak mahu, Amira terus membuka pintu kereta dan duduk bersebelahan dengan lelaki itu. Arman tersenyum puas.
“ Ok…saya tahu awak akan setuju,” Arman terus memecut keretanya menuju ke destinasi yang sedari tadi terlintas difikirannnya.

Sunday, February 1, 2009

bhgn 3....

Amira masih leka mentelaah pelajaran. Namun fikirannya tidak tertumpu sepenuhnya pada buku di hadapannya. Dia masih teringatkan tentang buku-buku yang ditinggalkannnya dalam kereta lelaki tadi. Kalau itu bukunya, dia tidak kisah. Tetapi itu semua adalah buku yang dipinjamnya dari perpustakaan. Lusa adalah tarikh terakhir untuk dia memulangkan buku itu. Jika tidak, dia terpaksa menggantikan buku itu dan harga setiap buku itu sememangnya mahal. Mana dia mampu nak membayarnya.
“ Kenapa dia tak telefon? Bukan ke dia ada nombor hanphone aku? Laki ni memang la…saje je.,” Amira mengomel sendirian. Mahu tidak mahu dia membuat keputusan untuk menelefon lelaki itu.
“ Assalamualaikum..,”
“ Waalaikumussalam. Nak cari siapa?”
“ Ah?” Amira hairan. Betul ke lelaki ni. Tadi bukan ke dah ambil nombor telefon aku.
“ Nak cari siapa?” suara dihujung talian bertanya lagi.
“ Ehm….nama dia…Arman kot,” mahu tidak mahu Amira terpaksa menyebut juga nama lelaki itu. Nasib baik dia masih ingat nama lelaki itu.
“ Arman? Entah la, tak pernah dengar pun. Kenapa? Ada apa hal yang boleh saya tolong?” lelaki itu menghulurkan bantuan.
“ Tak apa la. eh….betul ke awak tak kenal dia? Kawan awak ke?” Amira menyoal lagi. Berharap benar dia pada lelaki itu.
“ Mana ada…cerita la, kenapa awak nak cari dia?” Amira sedikit hairan dengan pertanyaan lelaki itu. Lelaki ini betul- betul bersifat ingin tahu.
“ Tak de. Tadi, saya tertinggal buku-buku yang saya pinjam dari library kat kereta dia. Lusa dah kena hantar. Nanti tak pasal-pasal kena bayar. Kalau sebuah, saya tak kisah. Ni…banyak la jugak,” Satu-satu Amira bercerita.
“O…macam tu ke? Dia tu kekasih awak ke? Kenapa boleh tertinggal buku kat kereta dia?” lelaki itu bertanya lagi.
“ Panjang ceritanya. Tak payah tahu la. Erm…tak pe la kalau macam tu. Terima kasih. Assalamualaikum,” Amira cepat-cepat memutuskan talian. Tidak mahu terus melayan lelaki itu. Entah siapa la lelaki itu.
Amira kembali termenung. Entah apalah malang nasibnya, dah la bertemu dengan lelaki yang teruk perangainya. Dan dengan tiadanya buku-buku itu, dia terpaksa menjelaskan harga buku-buku itu.
Deringan telefon bimbit mengejutkan Amira. Lantas dicapai telefon bimbitnya yang terletak diatas meja. Riak wajahnya sedikit terkejut.
“ Apa lagi la yang dia nak? Tadi, dah kata tak ada. Menyusahkan orang betul la,” Amira membebel sendiri sebelum menjawab panggilan.
“ Cik Amira….”
“ Aik, macamana pulak boleh tahu nama saya? Siapa ni?” suara lelaki yang kedengaran kali ini adalah suara lelaki tadi. Tapi, kenapa dia boleh tahu nama aku?
“ Tak nak ke buku yang awak tinggalkan kat kereta saya tadi?” Amira mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang harus dikatakannya. Lelaki itu mempermainkannya lagi.
“ Cik Amira, saya tanya sekali lagi, awak nak tak buku yang awak tinggalkan kat atas kereta saya tadi?”
“ Nak,”
“ Tau pulak bercakap. Ingatkan tertelan apa sampai susah sangat nak cakap. Bila nak ambil buku awak tu? Buat menyemak kereta saya je,” sengaja Arman memancing perhatian gadis itu. Dia tahu gadis itu amat susah untuk bercakap dengannya lebih- lebih lagi selepas kejadian petang tadi.
“ Awak dengar tak ni? Tadi kata nak sangat,” Arman menekan sedikit suaranya apabila tiada sebarang respon dari gadis itu.
“ Bila boleh ambil?” Amira akhirnya bersuara setelah lama mendiamkan diri. Dalam hati dia menyumpah lelaki itu.
“ Esok la. Tadi kata lusa dah nak hantar,”
“ Hmmm…”
“ Tau tak nak ambil kata mana?”
“ Ntah,” Amira menjawab acuh tak acuh. Bukan apa, malas mahu melayan lelaki itu.
“ Kita jumpa kat tempat semalam. Lebih kurang dalam pukul 10 pagi, boleh?” Arman membuat keputusan.
“ Ok,”
“ Esok jalan baik-baik. Jangan bagi terlanggar lagi. Nanti kan susah pulak nak hantar kat klinik,”
Amira terus memutuskan talian. Malas mahu mendengar suara lelaki itu. Naik jelak dibuatnya. Walau apapun lawak yang dibuat, dia takkan ketawa.