Monday, September 22, 2008

BAHAGIAN 2~~

BAHAGIAN 2


“ Saya betul- betul minta maaf pasal tadi,” Arman akhirnya bersuara setelah suasana sedikit reda. Namun pandangannya masih focus pada jalan yang terbentang dihadapannya. Nanti tak pasal-pasal terlanggar orang lagi.

“ Saya janji tak buat lagi. Saya bukan bermaksud nak buat macam tu tapi awak tu degil sangat,” sengaja Arman meninggikan sedikit nada suaranya dihujung katanya.

“ Habis tu, suka sangat gelak kat orang. Ingat orang ni ikut je apa yang dia nak? Macam tu?” Amira membalas. Hatinya sakit mengenangkan sikap lelaki yang baru dikenalinya itu.

“ Lebih kurang macam tu la tapi tak sangka pulak ada jugak orang degil nak terima pertolongan orang lain,”

“ Terima pun ada batasan jugak. Takkan nak bagi orang sentuh macam tu je. Lelaki tetap lelaki,” akhirnya Amira meluahkan apa yang terbuku dihatinya. Entah mengapa geram benar dia pada lelaki ni. Tadi nampak baik tapi sekarang bukan main lagi.

“ Hmm….saya pun tahu batasannya tapi saya cuma nak tolong. Tak ada niat apa-apa,”

“ Ya sangat la tu,” Amira berkata dengan nada separuh mengejek, sengaja mahu membalas apa yang dikatakan lelaki itu. Walaupun dia nampak lelaki itu ikhlas mahu menolongnya, namun dia tetap berkata begitu.

“ Ok….kita lupakan hal hari ni, boleh? Saya minta maaf banyak-banyak. Hmm… cik Amira boleh tak maafkan saya?” Amira mencebikkan bibir mendengarkan lelaki itu memanggil namanya. Mungkin lelaki itu terdengar semasa petugas kaunter di klinik tadi memanggil namanya.

Amira masih mendiamkan diri. Entah mengapa dia tidak mahu menjawab pertanyaan lelaki itu. Baginya tiada apa yang harus dia maafkan.

“ Baiklah, saya faham awak tak maafkan saya, kan. Macamana saya kena buat baru awak maafkan saya?,” tiada sebarang jawapan dari Amira. Malas mahu melayan kerenah Arman.

“ Ok, macam ni la. saya pasangkan lagu ni untuk awak,” Arman memasukkan kaset, kemudian menekan butang play. Seketika kemudian kedengaran lagu Drowning nyayian Backstreet Boys.

Amira ketawa sendirian didalam hati. Lucu mengenangkan apa yang dilakukan oleh lelaki itu. Macam budak-budak.

“ Ok tak lagu ni? Best kan?” Arman bertanya, namun dia tidak mengharapkan sebarang jawapan.

“ Eh…awak nak balik kat kolej ke ni?” Amira sekadar mengangguk. Dia tidak tahu apakah lelaki itu pelajar disitu atau sekadar pelawat. Hatinya tertanya-tanya, namun untuk bertanya kepada lelaki itu adalah sesuatu yang tidak mungkin.

“ Betul awak tak nak maafkan saya ni?” Arman bertanya lagi. Manalah tahu kalau-kalau gadis itu berubah fikiran. Namun, Amira tetap membisu.

“ Kalau macam tu, awak akan jumpa saya setiap hari. Saya akan datang kat kolej awak. Boleh?” kata-kata Arman membuatkan Amira memandang lelaki itu dengan pandangan yang tajam.

Ada ke saya kata saya tak maafkan awak?” Amira gerun apabila lelaki itu mengugutnya begitu. Entah apalah yang lelaki itu mahu darinya. Cukuplah pertemuan pertama ini yang penuh dengan tragedi yang menakutkannya. Kalau boleh biarlah pertemuan pertama ini menjadi pertemuan terakhir.

“ Ok..kalau macam tu, saya cuma datang kolej awak seminggu sekali saja,” kata-kata Arman membuatkan Amira memandang lelaki itu untuk kali keduanya.

“ Awak jangan nak buat pelik-pelik. Cukup la setakat ni. Apa lagi yang awak nak? Kan saya dah maafkan awak. Kenapa nak susahkan saya lagi?”

“ Bila pulak saya kata nak susahkan awak? Saya cuma nak datang kolej awak seminggu sekali. Itu pun salah ke? Ada ke peraturan yang tidak membenarkan saya berjumpa dengan kawan saya?”

“ Sejak bila kita jadi kawan?” Amira semakin pelik dengan lelaki itu.

“ Kawan saya….Zafrul,” kata-kata lelaki itu mebuatkan Amira malu sendiri. Mukanya merah menahan malu. Kalau boleh ingin saja dia beredar dari situ, tidak mahu memandang muka lelaki itu lagi walau sekalipun. Namun apakan daya, dia kini sedang berada di dalam kereta, duduk bersebelahan dengan lelaki itu.

Arman memandang wajah gadis itu. Rona kemerahan mula mengambil tempat di muka Amira. Sengaja dia mahu menyakat gadis itu. Ternyata ideanya berjaya.

“ Cik Amira….saya bergurau je,” Arman bersuara. Amira tidak mempedulikan lagi kata-kata lelaki itu. Dia nekad, dia tidak akan mempedulikan lelaki itu walau apa pun yang berlaku.

“ Maafkan saya sekali lagi…ok? Saya tahu saya ni jahat, suka menyakat orang. Tapi saya tak berniat apa-apa,” Amira membuang pandang ke luar. Dia makin menyampah dengan lelaki itu. Sekejap- sekejap minta maaf, sekejap-sekejap minta maaf. Lepas tu buat lagi. Kenapalah ditemukan dia dengan lelaki ni.

“ Saya bukan apa, saja nak dengar jugak awak bercakap. Ni tak, asyik saya sorang saje yang bercakap. Macam cakap dengan tunggul. Eh..bukan tunggul..macam…takde orang kat sebelah ni..lebih kurang macam orang gila, kan?”

“ Tau tak pe,” kata-kata itu bergema lagi dalam hati Amira. Dia tidak mampu meluahkannya.

Arman kembali focus kepada pemanduannya. Kini, keretanya sudah mula memasuki jalan untuk ke kolej gadis itu.

“ Aduh…ish…aduh…sakitnya,” Amira mendengar sara lelaki itu. Entah apa yang berlaku, dia tidak mahu peduli.

“ Aduh…sakitnya..argh..,” Arman semakin kuat mengerang kesakitan. Dia memperlahankan keretanya dan berhenti di tepi jalan. Kepalanya ditundukkan ke atas stereng kereta, sementara kedua-dua belah tangannya memegang perutnya.

Amira akhirnya memandang lelaki itu. Melihat lelaki itu mengerang kesakitan. Entah kenapa mudah benar dia kasihan melihatkan lelaki sakit.

“ Kenapa ni? Awak sakit apa? Macamana ni?” Amira mula gelisah. Tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Lelaki itu masih seperti tadi.

“ Saya panggilkan ambulans ye,” Amira mengeluarkan handphone dari dalam begnya. Lupa pada kemarahannya pada lelaki itu kerana mempermainkannya.

“ Emmm….saya cuma boleh jumpa dengan doctor saya je,” Arman bersuara dalam kepayahan.

“ Macam-macam la awak ni. Habis, macamana awak nak dail? Boleh ke?” Arman mengangguk perlahan. Amira menghulurkan handphonenya ke tangan lelaki itu. Di lihatnya tangan lelaki itu terketar-ketar.

Arman menaip nombor telefonnya sendiri. Dalam masa beberapa saat saja, telefonnya berbunyi.

“ Ok…dah,” Amran menghulurkan handphone gadis itu. Dicapainya handphonenya sendiri. Kemudian menayangkan nombor yang tertera di skrin handphonenya. Amira terkejut tatkala matanya membaca nombor yang tertera. Rasa marahnya semakin memuncak. Entah mengapa terasa diri sebegitu bodoh kerana tertipu dengan permainan lelaki itu. Semenjak dari tadi lagi, dia menahan, akhirnya airmatanya tumpah. Permainan lelaki itu keterlaluan. Sia-sia saja dia bimbangkan lelaki itu.

“ Cik Amira….saya betul-betul minta maaf. Bukan niat saya nak takutkan awak. Saya risau tengok awak senyap je. I’m really sorry, ok? Please forgive me. Saya janji tak buat lagi,” Amran pula kaget melihat gadis itu menangis.

Dia hanya mahu bergurau, walaupun dia tahu gurauannya keterlaluan. Dan bukan niatnya juga mahu mendapatkan nombor telefon gadis itu. Entah mengapa, tatkala gadis itu menhulurkan telefonnya tadi, dia hanya berfikir untuk mendail nombornya sendiri. Dia tahu jika dia menjelaskan begitu kepada gadis itu, sudah tentu gadis itu takkan percaya.

“ Hantar saya balik,” Amira bersuara dengan airmata yang masih berbaki. Amran kembali menghidupkan enjin keretanya. Terus menyusuri jalan menuju ke kolej.

Sesekali Amran mengerling, ingin melihat wajah gadis itu. Namun gadis itu masih seperti tadi, asyik memandang ke luar tingkap kereta.

“ Ok…dah sampai,” Amira terus keluar dari perut kereta.

“ Cik Amira..nanti dulu,” Amira tidak mempedulikan panggilan Arman.

Baginya, pertemuan kali ini adalah pertemuan yang terakhir baginya. Dengan langkah perlahan, dia terus berjalan menuju ke kolejnya. Namun, dipertengahan jalan dia baru teringat buku-bukunya. Amira kembali berpatah balik. Manalah tahu lelaki itu masih belum pergi dari situ. Namun, dia hampa. Rupa-rupanya lelaki itu memanggilnya tadi untuk memulangkan bukunya. Amira menyalahkan dirinya sendiri.

Tanpa Amira sedari, dia sedang diperhatikan oleh Arman dari jauh. Arman tersenyum gembira. Sekurang-kurangnya dia masih ada sebab untuk berjumpa lagi dengan gadis itu.


No comments: