Monday, September 8, 2008

~untitle~

aku xtaw la nak bagi tajuk pe kat cter ni..
act dah lme aku tulis cter ni...
saje suke2 jer..
tapi xciap pn lagi..
haha..no idea..

BAHAGIAN 1 : SEBUAH PERTEMUAN

Amira melangkah perlahan menuju ke tempat menungu bas dengan hati kecewa. Dia betul2 terluka dengan sikap teman serumahnya. Namun disabarkan juga hati. Sebab itulah dia sengaja mencari jalan keluar dari rumah, berpura-pura mahu keluar ke Bandar. Entah kemana arah tujuannya, dia sendiri masih belum pasti. Dia memandang jam tangan kemudian membetulkan beg yang di sandangnya, juga buku-buku yang dipegangnya. Tidak sedar ada sebuah kereta sedang menuju kearahnya. Amira memandang kekiri apabila terdengar enjin kereta yang kuat. Entah apa yang berlaku, dia gagal melangkahkan kakinya walau setapakpun. Dia betul-betul terkejut. Nasibnya agak baik kerana kereta itu sempat membrek. Meskipun begitu, Amira jatuh tersungkur.

“Aduh…” hanya itu yang terkeluar dari bibirnya. Dia mencuba sedaya upaya untuk bangun. Terasa ada sepasang tangan yang memegang lengannya.

“Apa ni…lepas la,” Amira menjerit,meskipun tidak sekuat mana. Pantang benar ada lelaki yang menyentuhnya.

Amira seolah-olah memprotes tindakan lelaki itu yang berniat membantunya. Lelaki itu segera melepaskan tangan. Membantu mengutip buku-buku Amira yang betaburan. Lelaki itu memandang Amira yang sedang mengerutkan keningnya. Mungkin sakit kerana terjatuh. Lelaki itu melihat-lihat sekiranya terdapat sebarang kecederaan pada gadis itu. Tapak tangan Amira berdarah.

“Terima kasih,” Amira menyambut buku-bukunya yang dihulurkan lelaki itu. Dia mahu segera beredar dari situ. Namun langkahnya terhenti apabila kakinya dirasakan sakit. Wajahnya tampak berubah. Meskipun begitu dia berjalan lagi sambil berharap kesakitannya akan hilang dalam sedikit masa lagi. Amira sedikit hampa. Kakinya terasa semakin sakit setiap kali dia melangkah. Tanpa disedari, lelaki tadi memotong jalannya.

“Jom kita pergi klinik dulu,” Amira memandang lelaki yang menyekatnya. Kemudian dia kembali menundukkan kepala dan meneruskan langkahnya. Lelaki itu masih belum berputus asa. Dia menyekat Amira setiap kali Amira berjalan.

“Saya takkan pergi kalau awak tak nak ikut,” lelaki itu mula bertegas. Namun tidak dipedulikan Amira. Lelaki itu mengulangi apa yang dia lakukan tadi. Menyekat Amira. Amira sedikit bosan melayan lelaki itu. Sakit dihati tadi tadi belum hilang, ditambah pula dengan sakit yang disebabkan lelaki itu. Dua kali sakit.

Amira akhirnya mengalah. Mengekori langkah lelaki itu ke keretanya. Macam2 perkara buruk bermain2 dalam fikirannya. Macamana kalau dia jahat? Apa yang aku boleh buat? Dia cuba menghalau jauh anggapannya itu dan berharap semuanya hanyalah perasaannya.

“Hai, jauh termenung,” lelaki itu akhirnya bersuara setelah lama mendiamkan diri. Berkali2 dia memandang gadis itu yang asyik termenung, sejak dia mula masuk ke keretanya lagi. Sapaan lelaki itu tidak berbalas.

Lelaki itu mencapai kaset dan kemudian memasukkannya ke tempatnya. Seketika kemudian kedengaran lagu2 nyanyian Backstreetboys yang terbaru. Lelaki itu menyanyi kecil mengikut senikata lagu itu. Amira memandang lelaki disebelahnya.

“Tau x, pasal kaset ni la, saya terlanggar awak,” lelaki itu tersenyum. Amira sekadar memandang kosong. Tiada senyuman.

“Erm….saya Arman. Eh…awak ada kelas ke lepas ni?” Arman baru teringat kalau2 gadis itu ada kelas kerana gadis itu membawa banyak buku. Amira sekadar menggeleng, kemudian menundukkan kepalanya. Dia tidak berani untuk memandang wajah lelaki itu.

“Kenapa awak nampak takut kat saya? Saya xmakan orang la,” Arman memandang wajah gadis itu. Masih tiada sebarang senyuman yang diukir. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mendiamkan diri.

Sampai sahaja di klinik, Amira ke kaunter untuk mendaftarkan diri. Arman hanya mengikut dari belakang. Setelah mendaftarkan diri, mereka berdua duduk sementara menunggu nama dipanggil. Arman cuba mngintai wajah gadis itu. Muka gadis itu nampak serius. Hajatnya untuk berbual-bual terpaksa ditahan dahulu.

“ Nur Amira Farhana,” Amira lantas bangun untuk masuk ke dalam bilik doctor apabila namanya dipanggil. Arman mengkut dari belakang. Amira memandang lelaki itu yang asyik mengekorinya.

Dia ni nak ikut aku masuk ke? Amira meneka sendiri. Dia berasa kurang senang jika lelaki itu terus mengikutnya.

“Tunggu la kat situ. Kenapa ikut?” Arman sedikit terkejut mendengarkan kata-kata Amira. Arman sekadar mendiamkan diri. Terus mendahului Amira dan mempersilakan Amira masuk ke dalam bilik doctor. Amira tidak mampu berbuat apa2 lagi.

“Sakit apa?” doctor itu bertanya sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

“Dia jatuh. Luka kat tangan..maybe kat lutut pun luka jugak,” belum sempat Amira bersuara, Arman terlebih dahulu mendahuluinya. Amira hanya menundukkan kepala. Dalam hati dia mengomel sendiri.

Jururawat yang bertugas merawat luka yang dialami Amira. Setelah itu, mereka sama-sama keluar dari bilik doctor. Mereka mununggu seketika sebelum nama Amira dipanggil. Amira melangkah ke kaunter untuk membuat pembayaran. Namun lelaki itu terlebih dahulu menghulurkan wangnya sebelum Amira sempat berbuat apa-apa. Gadis yang menjaga kaunter kemudian memberikan ubat dan baki pembayaran.

Amira berjalan mendahului Arman. Arman hairan kerana gadis itu tidak berjalan kearah tempat letak keretanya tadi.

Kemana pulak budak ni nak pergi ni? Arman bertanya sendirian dalam hati.

“Hmmm….cik..mana nak pergi ni? Saya parking kereta saya kat sana,” Arman akhirnya bersuara sebelum gadis itu pergi lebih jauh lagi.

Amira kelihatan hairan dengan pertanyaan lelaki itu.

“ Kenapa saya nak naik kereta awak lagi? Awak dah hantar saya ke klinik, dah bayarkan ubat untuk saya. Cukuplah. Saya tak nak terhutang budi dengan orang lain,”

Arman tersenyum kemudian diikut ketawa kecil. Amira bertambah hairan dengan perlakuan lelaki itu.

“ Apa yang saya cakap tadi lawak ke?” Amira bertanya macam orang bodoh.

Kemudian terus melangkah pergi tanpa menanti sebarang jawapan daripada lelaki itu. Arman berlari-lari kecil mengekori Amira. Dalam masa beberapa saat saja, dia sudah dapat berjalan beriringan dengan Amira. Dipandangnya muka gadis itu sekilas. Wajah gadis itu tampak suram. Arman mula berasa bersalah kerana tidak dapat menahan tawanya dari pecah.

“ Cik..saya minta maaf. Saya bukan buat semua ni untuk awak terhutang budi dengan saya. Saya cuma rasa bersalah sebab langgar awak. Itu je,” Arman menjelaskan. Namun tiada sebarang tindak balas daripada gadis itu.

“ Awak dengar tak apa yang saya cakap ni?” Amira masih membisu. Arman mula diserang rasa bersalah. Dah la tadi langgar orang, sekarang ni buat orang sakit hati lagi. Arman mendahului gadis itu dan berdiri menyekat jalan gadis itu.

“ Saya hantar awak balik. Ok?” Amira masih kaku. Tidak bergerak walau seincipun. Kepalanya masih ditundukkan memandang simen. Arman menarik tangan gadis itu supaya mengikutnya.

“ Lepas la,” Amira menjerit. Tidak suka lelaki menyentuhnya. Bukankah dalam islam hukumnya haram bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan tanpa lapik.

“ Kalau awak setuju ikut saya balik, saya lepaskan,” Arman mengugut walaupun itu bukan niatnya.

“Hish…lepas la,” Amira masih cuba melepaskan cengkaman tangan lelaki itu dari pergelangan tangannya. Arman akhirnya melepaskan tangannya. Kasihan melihat gadis itu.

“ Sekarang, baik awak ikut saya. Atau awak nak saya tarik awak lagi,” mahu tidak mahu Amira terpaksa mengikut lelaki itu.

No comments: